Pages

Subscribe:

Jumat, 06 Juni 2014

SEKADAR NAMA


Bersembunyi daripada yang membenci
Kerana mereka dengki
Untuk apa lagi aku di sini
Lebih baik aku pergi
Mereka hanya akan peduli
Bila aku menjadi ugutan pada mereka
Dan ketika mereka cuba tegakkan keadilan penipuan
Mereka tidak akan hiraukan aku
Bila aku bukanlah sesiapa
Aku mahu tersenyum
Kerana aku terlalu hebat
Sehinggakan mereka takut akan kemampuanku
Tapi senyumku itu telah diragut sebelum masanya
Kerana yang seharusnya menjadi milikku sudah dirampas
Yang dipercayai telah mengkhianati
Atas nama sahabat
Mereka cuma muncul apabila dirasakan tergugat
Untuk apa jika kau hanya mahukan permusuhan
Apakah makna persahabatan yang sebenar bagimu?
Walau aku tulis panjang berjela-jela pun
Kau tetap takkan dapat melihat
Kerana orang-orang seperti kamu takkan mengerti
Mata rosak telinga pekak
(Haziq, 6 Juni 2014)

0 comments: