Pages

Subscribe:
Tampilkan postingan dengan label puisi kehidupan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label puisi kehidupan. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Puisi Rapik Nota Kaki


Jangan kau bunyikan semboyan itu,
Aku belum sedia untuk sentiasa bersedia..
Tapi aku sedia atas apa saja yang kau deriakan..
Hak telah diberi oleh yang Hak,
Usah dilangkau sempadan itu,
Walau bisa kau lewat dengan sifat mu..
Sesungguhnya tiada sesuatu yang sepatutnya berada di sesuatu itu..
Kerana bukan kehendak aku,
Hentikan berkehendak sesuatu yang aku tidak hendak..
Galang ganti berbayang tak mungkin kau cengkam.
Ikhlas bersyarat dari aku buat kau..
Bayang.......

=[PuakaPuisiRapik]=

Sabtu, 01 Februari 2014

Okta Dalam Goresan

KATEGORI PUISI


Pesta topeng
Aku yang telah menggenggamnya
Hilang dalam balutan rasa
Entah mengapa
Cahaya yang menerpa
Hanya terang yang menghasilkan bayangan
Tanpa sentuhan, warnanya pun mulai silau diruang mata.

"Θ, sekejap ucap tak menyakinkan
antara tarian balet dan dansa hanya peluk dan dekap dalam ritme tempo beradap"

Lampulampu theater, ramai tiket menjaja sandiwara dalam roman lama

Engkau
"Memerankan antagonis lugu. berdarah sembilu mungkin naskah atau hanya dialog?"

Entah..
Sutradara jelas bukan aku
Peran pun tiada laku
Aku ragukan akan kamu
Ruang matamu
Layu lalu kuyu
Hanya itu yang aku tahu
Engkau!